Thursday, June 25, 2009

Kejohanan Bowling Antarabangsa Guanomu'09




Assalamualaikum,
Kemarin saya ada jumpa ustaz Pawie dan bincang
pasal aktiviti kita dah lama tak buat, last dulu lepas
tengok Kelantan lawan bola.

Jadi gak ada cadangan untuk kita buat kejohanan
bowling antarabangsa peringkat guanomu cadangnya
nak buat awal bulan Julai kita gantikan dengan
perjumpaan bulanan kita pada bulan tersebut.
Pertandingan ini hanya untuk kategori kita sahaja
jadi gak nya tak payah bawak family lah sebab
hadiah pun terhad. Berikut adalah cadangan kawe
dengan pawie :

Tarikh : 11/7/2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Bowling Summit
(Kalu adacadangan tempat lain tolong royak deh).

Bayaran : RM30 (3 game setiap orang + beli hadiah)
tidak termasuk minum. Kalu ada lebih masuk tabung.
InsyaAllah semua dapat hadiah...

Bak po buat lewat nyah... sebab nak bagi peluang semua
pakat-pakat training lah dari lo nih...
Ko guano ....
Rosham

Monday, May 25, 2009

Bro Ropee Kemalangan


Ada sedikit berita sadis dimana salah seorang ahli Guanomu, saing kita bro Ropee telah mengalami sedikit kemalangan pada 2 minggu lepas. Alhamdulillah tiada kecederaan berat berlaku hanya kereta yang beliau naiki sahaja yang mengalami kerosakan. Kita mendoakan semoga beliau serta keluarga bersabar menerima ujian yang menimpa. Begitu juga kepada saing-saing yang lain jika ada sebarang berita gembira, sedih atau apa sahaja diharap dapat dimaklumkan kepada saing-saing kita yang lain mungkin ada yang kita boleh sama-sama menolong menyelesaikannya.

Berikut ada ucapan yang dihantar oleh saing-saing kita di dalam email group guanomu@yahoogroups.com :

Daripada Bro Ropee sendiri :
ALHAMDULLILLAH. ..Ambo selamat dan cuma dapat telur ayam atas kepala sebab terantuk kuat sangat.....konon ceritanya dlm perjalanan balik main golf dari Gemas, dah lepas cabang doh tapi ada kedai cendol, pusing balik nok perkena cendol tu yang kena tepuh ko TROOPER tuh...Nak wat guano, syukurlah tak cedera apo2, kereta punah biasalah, insurance ada....cuma sayang ko prado ambo tu..takut2 tak sedap doh lah lepas nih.

Daripada Sedara Rosham :
Assalamualaikum, Kawe baru dapat cerita nih, terkejut jugak bila dengarnya.
Kawe doakan semoga bro Ropee dapat bersabar di atas
musibah yang menimpa, semoga semuanya baik-baik
belako dan cepat sembuh kalu ada sebarang kecederaan.

Daripada Bro Ripin :
teruk juga napok pado kereto tuh tapi alhamdulillahlah ore tak dok apo2

Daripada Sohuk :
kepada ahli guanomu group kawe nak maklumkan ,sdr broropee telah terlibat dalam kemalangan d gemas ,johor pada minggu lepas.alhamdulillah semuanya selamat.kepada broropee dan keluarga banyak 2 lah bersabar

Daripada saing-saing lain :
Pakat bawak kereta molek-molek weii...sayang kat bini tuh...

Tuesday, May 19, 2009

Laporan 1: Mencandat Sotong 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Gumbira tak terkata bila beberapa orang saing-saing kita dapat berkelaut dan mencandat sotong pada 2/Mei/2009 yang lalu. Banyak tangkapan yang dibuat dimana satu-satunya saing guanomu yang berjaya mendapat sotong iaitu Ustaz Safawi sebanyak 3 ekor sotong. Berikut adalah sedikit laporan untuk dikongsi bersama:

Jam 4.30pagi bertolak dari Molek Inn Chalet, Dungun, ke Jeti Kuala Paka. Perjalanan memakan masa lebih kurang 15 minit. Sampai di jeti terus ke kedai di penghujung tanjung Kuala Paka untuk membeli sedikit bekalan kemudian menunggu Ayah Ngah di Jeti. Tepat jam 5.15pagi Ayah Ngah tiba dan terus menaiki bot nelayan beliau. Ayah Ngah menyuruh semua mengambil air sembahyang menggunakan air sungai dari atas bot tersebut sebelum bertolak. Ayah Ngah menyuruh kami solat subuh di atas bot tersebut secara bergilir.

Tepat jam 5.30 pagi bot mula bertolak menuju ke destinasi yang dianggarkan memakan masa selama 45 minit. Sampai di lokasi Ayah Ngah terus menurunkan 2 bidang pukat untuk menangkap ikan yang panjangnya lebih 1 KM setiap satu. Setelah kedua-dua pukat diturunkan, Ayah Ngah membawa kot ke satu lokasi tukun untuk memancing. Hairan sebab hanya Ayah Ngah yang mendapat banyak ikan (ada laa dalam 5 ekor) dalam masa singkat menggunakan tali dan apollo sahaja sedangkan yang lain guna batang pancing berjenama siap dengan umpan tak berjaya menaikkan ikan.

15 minit kemudian Ayah Ngah terus pergi semula ke pukat yang pertama untuk dinaikkan. Seronok melihat ikan-ikan yang dinaikkan segar dan baru kebanyakkannya adalah ikan Selar dan Kembong. Sambil Ayah Ngah dibantu oleh Bro Zacky dan Adik Rosham (Roslimin) menaikkan pukat, rakan-rakan yang lain mengambil kesempatan memancing dan mencandat sotong. Tahniah kepada Ustaz Safawi sebab berjaya menaikkan sotong sebanyak 3 ekor yang panjangnya lebih kurang sekaki setengah. Tangkapan ikan yang diperolehi daripada kedua-dua pukat tersebut hampir memenuhi 2 tong. Pihak Chalet telefon suruh check-out pada jam 12.00tgh dan kami memohon supaya dilewatkan sehingga jam 1.00tgh. Kami terpaksa bertolak pulang pada jam 12.00tgh untuk check out chalet. Dalam perjalanan pulang Ayah Ngah membantu sebuah bot nelayan yang tersangkut di atas beting pasir Kuala Paka dengan menarik bot tersebut ke kawasan air yang dalam. Hasil tangkapan termasuk separuh tong ikan dibahagikan antara saing-saing untuk dibawa pulang. Walaupun tak dapat mencandat sotong dengan banyak (kata Ayah Ngah sotong belum banyak lagi) tetapi kami berasa seronok kerana dapat menghayati kehidupan seorang nelayan dan mendapat sedikit bahagian hasil tangkapan (ikan fresh...segar.. besar-besar tu).

InsyaAllah program ini akan diteruskan pada tahun hadapan dan tarikh yang dicadangkan nanti biarlah masa sotong sedang banyak. Mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang program ini berjalan. - moderator.

Laporan 2: Mencandat Sotong 2009


Kamera Pawie - Hasil tangkapan


Kamera Pawie - Sutung tu kata 'Jangan picit kuat
sangat perut aku tuh... kan aku sembur dakwat hitam
baru tau...'



Orang lain dapat sutung, saya dapat ikan kembung...
jadilah... alhamdulillah...



Kita tolak pukul 5 pagi awang weh..
pukul 4 kena turun dah dari chalet...



Nak naik bot... gelap weh...


Bergaya dulu sebelum bot bergerak...
lepas ambil air sembahyang tu...



bila nak sampai nih...







Boring... tak sabar nak candat dah nih...








sembahyang atas bot...







Jangan kacau...
Tengah khusyuk ...






Ya Allah...Aku nak candat sotong...




Dapat 3 ekor pun jadilah...





Sembahyang sambil duduk..







Kain tuala ajain pemberian Doraemon...







Gi kelaut weeehhh.....







Pemandangan daratan lepas subuh...






Bila lah nak sampai nih....







Tarik... jangan tak tarik...






Ayah Ngah sedang tarik pukat...






Mana ikan nih... takkan tak dok ikan




tengah laut macam nih..





Yahooo.com... aku dapat sotong gergasi...






Pawie pinjam sotong mu kejap... aku nak ambil gambar





Senyuman seorang nelayan...






Jauh menung.. penat jugak rupanya jadi nelayan nih...
patut laa harga ikan mahal...







Dari tadi tak dapat-dapat lagi ikan nih...






Tengah laut pun ada line telefon...




Laporan sejam sekali kepada isteri.




Gunalah Digi...





Pemandangan daratan dan ombak yang telah




membuatkan Pawie dan editor mabuk laut...






Jangan ganggu... Tengah Serius...










Lepas sarapan pagi atas bot... penat weh tarik pukat...







Tak habis-habis dengan tuala ajaib Doraemon






Masuk kuala Paka, on the way balik dari laut







Penat.. panas... yang penting dapat juga hasil... Alhamdulillah...





Laporan 3: Mencandat Sotong 2009


On the way balik - Kuala Sungai Paka


Kuala Paka



Pemandangan Kuala Paka




Membantu bot nelayan yang tersangkut.



Hasil tangkapan ikan


Hasil tangkapan


Hasil tangkapan ikan



Membahagikan ikan



Kuala Sungai Paka


Banglo siapa tepi muara sungai Paka ni?

Dah hampir dengan jeti kuala Paka
Lambatnya nak sampai...
Singgah berhenti beli keropok lekor fresh
daripada Mak Su... keropok lekor dah habis
yang ada keropok lekor gemuk untuk buat
keropok kering...
Hentam ajer laa labuuu....
oooo... macam ni buat keropok nyer...