Monday, September 22, 2008

Tengok jam cara zaman dulu...

Lagu mana nak tengok masa kalu tak dok jam...

Sunday, September 7, 2008

Hari Raya Aidilfitri 2008

Hari Raya Aidilfitri dah tak lama dah. Nak buat gathering pun rasa tak sempat doh. Jadi kita pakat royat lah sesiapa yang ada dirumah masa raya nanti, hari gapo, alamat rumah kat mana pas tu beri sekali nombor handphone nak contact. Mana tahu kalu kebetulan lalu boleh lah terus singgah..
Tolong email ko kawe kalu nak masuk nama dalam senarai dibawah nih (rosham4530@yahoo.com)

TarikhRaya    Nama         Alamat                                                                No.HP
__________________________________________________________
1. Pertama      Rosham     333 Cherang Ruku, Semerak, P.Puteh         016-6500991
                                             (Depan Masjid Cherang Ruku, Semerak)
____________________________________________________________
2.


Perjumpaan Pantai Jeram 30/8/2008








(Klik pada gambar untuk lihat imej yang lebih besar)
Kali ni saya jadi host pulak di Pantai Jeram atau ada juga orang panggil Pantai Remis, Kuala Selangor (10km arah ke Klang). Nama tempat yang dikunjungi Seaview Resort (www.seaviewresort.com.my). Tahniah laa kepada semua yang dapat hadir dalam suasana mungkin saya tak dapat nak prepare sebaiknya. Kalau ikut cadangan asal ada beberapa program nak buat macam sukaneka, memancing dan sebagainya. Tapi takut formal sangat pastu masa pun tak sempat, cuma sempat buat makan malam BBQ seafood sahajalah. Malam tu pulak lepak sambut merdeka kat warung tepi pantai tak silap sampai pukul 2.00 pagi. InsyaAllah lain kali kita plan dengan lebih baik lagi lah..


Perjumpaan di Gunung Ledang Resort








Pada pertengahan Julai lalu satu perjumpaan saing-saing telah diadakan di Gunung Redang Resort yang dihostkan oleh Brader Ropi. Saya tak dapat ikut sama sebab ada urusan kerja, walaubagaimana pun ramai juga yang hadir pada program tersebut. Cuma misi untuk membawa pulang Tuan Puteri Gunung Ledang tidak berjaya sebab tak ramai pendekar yang berani memanjat Gunung Ledang tersebut. Ada cadangan akan datang akan diadakan lagi perjumpaan di resort tersebut dan dengarnya Bro Ropi nak buat BBQ kambing golek untuk semua.. 







Thursday, September 4, 2008

Gambar-gambar lamo


Kalu ada gambar-gambar lama nak masuk ke dalam blog nih tolong email ke kawe deh.. rosham4530@yahoo.com


Ni Gambar hok dihantar oleh Judin...

Selamat Datang ke Guano Mu blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Laman blog ini bertujuan untuk mengumpulkan kembali rakan-rakan seperjuangan daripada ITM Arau dan ITM Shah Alam batch awal tahun 1990an untuk mengukuhkan lagi tali persaudaraan di antara semua. Cerita-cerita lama sewaktu di kampus dahulu akan dikongsi kembali melalui laman blog ini seterusnya mengimbau kembali kenakalan dan telatah sewaktu di kampus dahulu. Semoga dapat dimanafaatkan oleh semua...