Sunday, November 9, 2008

Perjumpaan Bulanan Yang Pertama Nov 2008

Perjumpaan bulanan kali yang pertama telah diadakan di Leha Kelfood Restoran, Gombak dihadiri oleh beberapa orang ahli guanomu. Perjumpaan pertama ini melihatkan kesungguhan ahli-ahli guanomu untuk bersama kembali mengeratkan tali persaudaraan yang telah lama terputus dan merancang beberapa program akan datang. Jelas kelihatan suasana gembira di setiap wajah ahli guanomu termasuk kehadiran ahli keluarga masing-masing yang menceriakan suasana perjumpaan tersebut. Semoga perjumpaan ini akan dapat terus diadakan pada bulan yang akan datang.






Monday, November 3, 2008

Al-Fatihah Kepada Wan Mohd Umran


Kita menerima satu berita sedih tentang pemergian salah seorang rakan kita yang sama-sama belajar di ITM Arau dahulu dalam jurusan DBS. Beliau adalah Wan Mohd Umran Wan Jaafar telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 2 November 2008 yang lalu. Semoga Allah merahmati roh beliau dan memberi kesabaran kepada keluarga beliau untuk menerima ujian ini. Kepada kawan-kawan yang mengenali beliau bolehlah menghubungi keluarga beliau untuk mengucapkan takziah dan bantuan sekiranya diperlukan. Alfatihah....