Friday, October 17, 2008

Gambar dulu-dulu

Lagi gambar lama di upload.. koleksi Man Harun

Monday, October 6, 2008

Perjumpaan Bulanan Guanomu 01/11/2008

Saya sebagai penyimpan mohor besar guanomu, setelah diperkenankan oleh semua tuan-tuan nejar dan ahli guanomu, maka dengan ini di isytiharkan bahawa satu perjumpaan bulanan rakan-rakan guanomu akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh : 01/November/2008 (Sabtu)
Masa : Bermula dari jam 9:00 pagi hingga 1:00 tengahari
Tempat: Restoran Leha KelFood, Highway Lingkaran Tengah
(nak ke UIA Gombak/ Kuantan)


Semua ahli dan rakan-rakan guanomu diharap dapat hadir dan memeriahkan program bulanan ini. Agenda utama adalah sarapan pagi masakan Kelantan. Dicadangkan supaya setiap ahli dapat menyediakan RM10.00 untuk bayaran makanan tersebut dan selebihnya akan dimasukkan ke dalam tabung guanomu untuk program dan aktiviti akan datang.

Kita jumpa disana...

Selamat Hari Raya AidilFitri 2008

Assalamualaikum semua,
Hari Raya Aidilfitri baru sahaja berlalu namun rasanya masih belum terlambat untuk saya dan semua warga guanomu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dengan ucapan mohon maaf zahir dan batin sepanjang perkenalan kita semua. Semoga dengan kehadiran Syawal ini dapat membawa seribu kebahagiaan buat kita semua seterusnya mengeratkan lagi tali persaudaraan dan persahabatan di kalangan kita.