Tuesday, May 19, 2009

Laporan 1: Mencandat Sotong 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Gumbira tak terkata bila beberapa orang saing-saing kita dapat berkelaut dan mencandat sotong pada 2/Mei/2009 yang lalu. Banyak tangkapan yang dibuat dimana satu-satunya saing guanomu yang berjaya mendapat sotong iaitu Ustaz Safawi sebanyak 3 ekor sotong. Berikut adalah sedikit laporan untuk dikongsi bersama:

Jam 4.30pagi bertolak dari Molek Inn Chalet, Dungun, ke Jeti Kuala Paka. Perjalanan memakan masa lebih kurang 15 minit. Sampai di jeti terus ke kedai di penghujung tanjung Kuala Paka untuk membeli sedikit bekalan kemudian menunggu Ayah Ngah di Jeti. Tepat jam 5.15pagi Ayah Ngah tiba dan terus menaiki bot nelayan beliau. Ayah Ngah menyuruh semua mengambil air sembahyang menggunakan air sungai dari atas bot tersebut sebelum bertolak. Ayah Ngah menyuruh kami solat subuh di atas bot tersebut secara bergilir.

Tepat jam 5.30 pagi bot mula bertolak menuju ke destinasi yang dianggarkan memakan masa selama 45 minit. Sampai di lokasi Ayah Ngah terus menurunkan 2 bidang pukat untuk menangkap ikan yang panjangnya lebih 1 KM setiap satu. Setelah kedua-dua pukat diturunkan, Ayah Ngah membawa kot ke satu lokasi tukun untuk memancing. Hairan sebab hanya Ayah Ngah yang mendapat banyak ikan (ada laa dalam 5 ekor) dalam masa singkat menggunakan tali dan apollo sahaja sedangkan yang lain guna batang pancing berjenama siap dengan umpan tak berjaya menaikkan ikan.

15 minit kemudian Ayah Ngah terus pergi semula ke pukat yang pertama untuk dinaikkan. Seronok melihat ikan-ikan yang dinaikkan segar dan baru kebanyakkannya adalah ikan Selar dan Kembong. Sambil Ayah Ngah dibantu oleh Bro Zacky dan Adik Rosham (Roslimin) menaikkan pukat, rakan-rakan yang lain mengambil kesempatan memancing dan mencandat sotong. Tahniah kepada Ustaz Safawi sebab berjaya menaikkan sotong sebanyak 3 ekor yang panjangnya lebih kurang sekaki setengah. Tangkapan ikan yang diperolehi daripada kedua-dua pukat tersebut hampir memenuhi 2 tong. Pihak Chalet telefon suruh check-out pada jam 12.00tgh dan kami memohon supaya dilewatkan sehingga jam 1.00tgh. Kami terpaksa bertolak pulang pada jam 12.00tgh untuk check out chalet. Dalam perjalanan pulang Ayah Ngah membantu sebuah bot nelayan yang tersangkut di atas beting pasir Kuala Paka dengan menarik bot tersebut ke kawasan air yang dalam. Hasil tangkapan termasuk separuh tong ikan dibahagikan antara saing-saing untuk dibawa pulang. Walaupun tak dapat mencandat sotong dengan banyak (kata Ayah Ngah sotong belum banyak lagi) tetapi kami berasa seronok kerana dapat menghayati kehidupan seorang nelayan dan mendapat sedikit bahagian hasil tangkapan (ikan fresh...segar.. besar-besar tu).

InsyaAllah program ini akan diteruskan pada tahun hadapan dan tarikh yang dicadangkan nanti biarlah masa sotong sedang banyak. Mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang program ini berjalan. - moderator.

No comments:

Post a Comment